Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga..
Kelopaknya indah,berwarna warni sekali..
Ku cuba mendekati tetapi niatku terbantut..
Kelihatan banyak sekali duri-duri tajam di batangnya..
Pasti duri-duri itu akan melukai jari-jemariku..
Aku cuba mencium sedikit baunya tetapi amat payah,
Lantaran sukar memegangya..
Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik,
Yang bisa aku ku sentuh,ku cium,lalu terlihat olehku,
sekuntum bunga tidak jauh dariku..
Aku menghampiri bunga itu,
Nampak cantik dari jauh..
Tidak berduri,lalu ku sentuh dan ku cuba mencium baunya,
Tapi tak lama,kemudian aku melepaskanya..
baunya sahaja sudah cukup membuatkan aku loya,
Lalu aku mterdengar suara sepasang Adam dan Hawa lain dibelakangku,
Sepasang Adan dan HAwa sedang bermanjaan dan lagak mereka sungguh menjengkelkan..
Aku mengumpat di dalam hati,rasa marah bila hukum ALLAH S.W.T. tidak diendahkan..
Tak lama kemudian,si Adam memarahi si Hawa..
Aku hanya melihat dari jauh,seperti menonton drama di televisyen..
Si Adam meninggalakan si Hawa itu seorang diri,
Membiarkan si gadis cantik tersebut menangis hiba..
Tertiba aku terpandang seorang Hawa,
Masya-ALLAH,.
Sungguh sopan pakaianya,..sederhana gayanya..
Berjalan tidak jauh dari ku..
Pakainya langsung tidak merangsang nafsu kaum Adam seperti aku..
Alangkah senangnya hati aku melihat dia,
Berjalan menundukkan pandangannya,memelihara maruahnya..
Adam disisi langsung tidak menegur,
Bukan kerana benci
Tetapi kerana hormat kepada Si Dia..
Aku tersenyum sendiri,
Tiba-tiba aku teringat kepada dua kuntum bunga yang aku lihat sebentar tadi..
Aku bermonolog sendirian..
Bunga yang berduri sudah tentu sukar dihinggapi oleh si kumbang..
Bunga yang sudah busuk itu sudah pastinya madunya telah dihisap oleh si kumbang
Lalu si kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap..
Aku melihat kembali kepada dua golongan Hawa itu tadi..
Semestinya aku sebagai Adam ingin bunga yang berduri..
Kerana apa..??
Bunga yang berduri itu ternyata "MAHAL" harganya..
Kesucian dan keharumannya masih terpelihara..
Walaupun sukar untuk memperolehinya tetapi,,
Dapat aku bayangkan betapa indah dan harumnya jika aku dapat memiliki bunga yang berduri itu..
Begitu juga dengan golongan Hawa..??
Tanya diri anda,
Anda tergolong dalam kelompok bunga yang mane,.??
Tidak mahukah anda menjadi bunga idaman para MUJAHID..
Bunga idaman AGAMA..
Tidakkah anda mahu kelopaknya masih indah tanpa sedikit pun kekotoran.
Moga dirimu menjadi seperti Aishah,Khadijah,Masyitah dan Ainul Mardhiah..
Moga dirimu menjadi bunga idaman ISLAM..
Kepada Kaum Adam..
Jangan rosakkan bunga yang mekar mewangi itu.
Jagai dan hargailah dengan sebaiknya kuntuman yang mekar itu..
Jangan sesekali merosak atau mengotorkanya..
Jadilah Mujahid idaman ISLAM..
Moga dirimu menjadi sehebat Abu Bakar,Nabi Yusuf A.S.,Umar Al-Khattab dan,,
Jadikan Rasullullah S.A.W. sebagai ikutan kamu..
Wednesday, 5 October 2011
Posted by SyaHiran SuLhi at 20:26
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment